Thursday, 18 August 2011

Lawak Pejabat Pos


Hari Isnin yang lalu, Ali telah pergi ke Pejabat Pos Kuala Lumpur untuk mengirim sebuah bungkusan yang agak besar. Setelah sampai disana, Ali menyedari bahawa bungkusan tersebut tidak mempunyai alamat lalu dia membawa bungkusan tersebut ke sebuah meja yang ada di pejabat pos tersebut.
Ketika  Ali sedang menulis alamat pada bungkusan tersebut, tiba-tiba datang seorang lelaki tua kepada Ali dan meyapa beliau.
Lelaki Tua: “Nak..pakcik nak minta tolong sikit boleh tak?
Ali: “Tolong?? Tolong apa pakcik?
Lelaki Tua: “Boleh tak anak tolong tuliskan poskad ni untuk pakcik? Sebenarnya tangan pakcik terseliuh tadi. Nak pegang pen pun tak boleh..apatah lagi nak menulis.
Ali : “Ooo…..boleh..boleh.
Ali pun mengambil poskad tersebut dan menulis apa yang dikatakan oleh lelaki tua itu tadi kepadanya. Setelah siap menulis Ali pun bertanya kepada lelaki tua tersebut.
Ali : “Ok! Siap. Ada nak tambah apa-apa lagi?
Lelaki tua tersebut membaca poskad berkenaan dan kemudian dia berkata.
Lelaki Tua: “Anak tolong tambah kat bahagian bawah tu sikit boleh tak?
Ali : “Nak tulis apa pakcik??
Lalu lelaki tua itu pun berkata..
Lelaki Tua: “Anak tulis kat bahagian bawah tu….Maafkan saya kerana tulisan saya agak buruk…“

No comments:

Post a Comment