Wednesday, 17 August 2011

Terlalu Bodoh


Suatu ketika dahulu syaz merupakan seorang remaja yang agak liar. Dia sering terpengaruh dengan ajakan rakan-rakannya supaya melakukan perkara yang menyalahi hukum agama. Namun sekarang fick sudah pun insaf dari melakukan perkara-perkara tersebut setelah kematian ibunya akibat barah payudara.

Sudah Insaf

Setelah insaf , Syaz sering pergi ke masjid untuk mendengar ceramah agama yang sering diadakan selepas waktu isyak. Ketika sedang kusyuk mendengar ceramah agama tersebut, tabung derma masjid pun diedarkan dan ketika sampai dihadapan Syaz , Syaz segera membuka dompetnya dan memasukkan duti berjumlah RM5 ke daalam tabung derma tersebut.
Tiba-tiba seorang pakcik yang duduk di sebelahnya menepuk bahunya dan menyerahkan duit sebanyak RM 300 kepada Syaz . Syaz berasa sungguh kagum dan insaf dengan kemurahan hati pakcik tersebut dan terus memasukkan duit yang berjumlah RM 300 itu tadi ke dalam tabung derma masjid. Tiba-tiba pakcik tersebut bertanya ke pada Syaz .


       Pakcik: “Nak, kenapa anak masukkan duit Rm 300 tu tadi ke dalam tabung     
       masjid??”
Syaz: “La..kan duit tu pakcik bagi kat saya untuk saya masukkan ke dalam     tabung derma masjid.”
        Lalu pakcik itu pun menjawab..
Pakcik: “Eh…bukan..tu sebenarnya duit anak. Pakcik nampak duit anak terjatuh masa anak hendak mengeluarkan duit dari dompet tadi. Sebab tu pakcik bagi kat anak……” 

No comments:

Post a Comment